Thawus al-Yamani
adalah seorang
tabi`in terkemuka
dari kalangan ahli
Yaman. Beliau
bertemu dan belajar
dengan 50 – 70
orang sahabat
Junjungan Nabi
s.a.w. Thawus
menyatakan bahawa
orang-orang mati
difitnah atau diuji
atau disoal dalam
kubur-kubur
mereka selama 7
hari, maka adalah
mereka menyukai
untuk diberikan
makanan sebagai
sedekah bagi
pihak si mati
sepanjang
tempoh tersebut.
Hadis Thawus ini
dikategorikan oleh
para ulama kita
sebagai mursal
marfu’ yang sahih.
Ianya mursal marfu’
kerana hanya
terhenti kepada
Thawus tanpa
diberitahu siapa
rawinya daripada
kalangan sahabi dan
seterusnya kepada
Junjungan Nabi
s.a.w. Tetapi oleh
kerana ianya
melibatkan perkara
barzakhiyyah yang
tidak diketahui selain
melalui wahyu maka
dirafa ’kanlah
sanadnya kepada
Junjungan Nabi
s.a.w. Para ulama
menyatakan bahawa
hadis mursal marfu ’
ini boleh dijadikan
hujjah secara mutlak
dalam 3 mazhab
sunni (Hanafi, Maliki
dan Hanbali,
manakala dalam
mazhab kita asy-
Syafi`i ianya
dijadikan hujjah jika
mempunyai
penyokong (selain
daripada mursal
Ibnu Mutsayyib).
Dalam konteks hadis
Thawus ini, ia
mempunyai
sekurang-kurangnya
2 penyokong, iaitu
hadis ‘Ubaid dan
hadis Mujahid. Oleh
itu, para ulama kita
menjadikannya
hujjah untuk amalan
yang biasa
diamalkan oleh
orang kita di rantau
sini, iaitu apabila ada
kematian maka
dibuatlah kenduri
selama 7 hari di
mana makanan
dihidangkan dengan
tujuan bersedekah
bagi pihak si mati.
Hadis Thawus ini
dibahas oleh Imam
Ibnu Hajar dalam
“al-Fatawa al-
Kubra al-
Fiqhiyyah” jilid 2
mukasurat 30.
Imam besar kita ini,
Syaikh Ahmad Ibnu
Hajar al-Haitami as-
Sa ’di al-Anshari
ditanya dengan satu
pertanyaan
berhubung sama
ada pendapat ulama
yang mengatakan
bahawa orang mati
itu difitnah/diuji atau
disoal 7 hari dalam
kubur mereka
mempunyai asal
pada syarak.
Imam Ibnu Hajar
menjawab bahawa
pendapat tersebut
mempunyai asal
yang kukuh (ashlun
ashilun) dalam
syarak di mana
sejumlah ulama
telah meriwayatkan
(1) daripada Thawus
dengan sanad yang
shahih dan (2)
daripada ‘Ubaid bin
‘Umair, dengan
sanad yang
berhujjah
dengannya Ibnu
‘ Abdul Bar, yang
merupakan seorang
yang lebih besar
daripada Thawus
maqamnya dari
kalangan tabi`in,
bahkan ada qil yang
menyatakan bahawa
‘ Ubaid bin ‘Umair ini
adalah seorang
sahabat kerana
beliau dilahirkan
dalam zaman Nabi
s.a.w. dan hidup
pada sebahagian
zaman Sayyidina
‘ Umar di Makkah;
dan (3) daripada
Mujahid.
Dan hukum 3
riwayat ini adalah
hukum hadis
mursal marfu’
kerana persoalan
yang diperkatakan
itu (yakni berhubung
orang mati difitnah 7
hari) adalah perkara
ghaib yang tiada
boleh diketahui
melalui pendapat
akal. Apabila perkara
sebegini datangnya
daripada tabi`i ianya
dihukumkan mursal
marfu’ kepada
Junjungan Nabi
s.a.w. sebagaimana
dijelaskan oleh para
imam hadits. Hadits
Mursal adalah
boleh dijadikan
hujjah di sisi
imam yang tiga
(yakni Hanafi,
Maliki dan Hanbali)
dan juga di sisi
kita (yakni Syafi`i)
apabila ianya
disokong oleh
riwayat lain. Dan
telah disokong
Mursal Thawus
dengan 2 lagi
mursal yang lain
(iaitu Mursal ‘Ubaid
dan Mursal
Mujahid), bahkan
jika kita
berpendapat
bahawa sabit
‘Ubaid itu seorang
sahabat nescaya
bersambunglah
riwayatnya
dengan Junjungan
Nabi s.a.w.
Selanjutnya Imam
Ibnu Hajar
menyatakan bahawa
telah sah riwayat
daripada Thawus
bahawasanya
“mereka
menyukai/
memustahabkan
untuk diberi
makan bagi pihak
si mati selama
tempoh 7 hari
tersebut.” Imam
Ibnu Hajar
menyatakan bahawa
“mereka” di sini
mempunyai 2
pengertian di sisi ahli
hadis dan usul.
Pengertian pertama
ialah “mereka”
adalah “umat pada
zaman Junjungan
Nabi s.a.w. di
mana mereka
melakukannya
dengan diketahui
dan dipersetujui
oleh Junjungan
Nabi s.a.w. ”;
manakala pengertian
kedua pula ialah
“mereka”
bermaksud “para
sahabat sahaja
tanpa dilanjutkan
kepada Junjungan
Nabi s.a.w.” (yakni
hanya dilakukan oleh
para sahabat sahaja).
Ikhwah jadi kita
dimaklumkan
bahawa setidak-
tidaknya amalan
“ ith’aam” ini
dilakukan oleh para
sahabat, jika tidak
semuanya maka
sebahagian daripada
mereka. Bahkan
Imam ar-Rafi`i
menyatakan bahawa
amalan ini masyhur
di kalangan para
sahabat tanpa
diingkari. Amalan
memberi makan
atau sedekah
kematian selama 7
hari mempunyai nas
yang kukuh dan
merupakan amalan
yang dianjurkan oleh
generasi awal Islam
lagi, jika tidak semua
sekurang-kurangnya
sebahagian generasi
awal daripada
kalangan sahabi dan
tabi`in. Oleh itu,
bagaimana dikatakan
ianya tidak
mempunyai
sandaran.
Imam as-Sayuthi
juga telah
membahaskan
perkara ini dengan
lebih panjang lebar
lagi dalam kitabnya
“al-Hawi lil
Fatawi” juzuk 2 di
bawah bab yang
dinamakannya
“Thulu’ ats-
Tsarayaa bi
idhzhaari maa
kaana khafayaa” di
mana antara
kesimpulan yang
dirumusnya pada
mukasurat 194:-
· Sesungguhnya
sunnat
memberi
makan 7 hari.
Telah sampai
kepadaku (yakni
Imam as-Sayuthi)
bahawasanya
amalan ini
berkekalan
diamalkan
sehingga
sekarang (yakni
zaman Imam as-
Sayuthi) di
Makkah dan
Madinah. Maka
zahirnya amalan
ini tidak pernah
ditinggalkan sejak
masa para
sahabat sehingga
sekarang, dan
generasi yang
datang kemudian
telah
mengambilnya
daripada generasi
terdahulu
sehingga ke
generasi awal
Islam lagi (ash-
shadrul awwal).
Dan aku telah
melihat kitab-kitab
sejarah sewaktu
membicarakan
biografi para
imam banyak
menyebut: ” dan
telah berhenti/
berdiri manusia
atas kuburnya
selama 7 hari di
mana mereka
membacakan al-
Quran”.
· Dan telah dikeluarkan
oleh al-Hafidz al-
Kabir Abul Qasim
Ibnu ‘Asaakir
dalam kitabnya
yang berjodol
“Tabyiin
Kadzibil Muftari
fi ma nusiba ilal
Imam Abil
Hasan
al-’Asy’ariy”
bahawa dia telah
mendengar asy-
Syaikh al-Faqih
Abul Fath
NashrUllah bin
Muhammad bin
‘Abdul Qawi al-
Mashishi berkata:
“ Telah wafat asy-
Syaikh Nashr bin
Ibrahim al-
Maqdisi pada hari
Selasa 9
Muharram 490H
di Damsyik. Kami
telah berdiri/
berhenti/berada
di kuburnya
selama 7 malam,
membaca kami
al-Quran pada
setiap malam 20
kali khatam. ”
Ikhwah, “ith`aam”
ini boleh mengambil
apa jua bentuk.
Tidak semestinya
dengan berkenduri
seperti yang lazim
diamalkan orang
kita. Jika dibuat
kenduri seperti itu,
tidaklah menjadi
kesalahan atau
bid`ah, asalkan
pekerjaannya betul
dengan kehendak
syarak.
Kenduri Arwah
– Lujnah Ulama
Fathani
Dalam buku”Ulama
Besar Dari
Fathani” susunan
Ustaz Ahmad Fathi
al-Fathani yang
diterbitkan oleh
Universiti
Kebangsaan
Malaysia, disebut
kisah seorang ulama
Fathani Darussalam,
Haji Abdullah
Bendang Kebun
yang menulis
sebuah kitab
berjodol “al-
Kawaakibun-
Nayyiraat fi Raddi
Ahlil-Bida` wal
‘ Aadaat” di mana
beliau memfatwakan
bahawa buat makan
kematian atau
kenduri arwah
selepas kematian itu
bid`ah makruhah
dan boleh menjadi
haram. Fatwanya ini
lebih kurang sama
dengan fatwa-fatwa
tokoh-tokoh anti
tahlil dan kenduri
arwah zaman kita
ini.
Fatwa ini telah
membuat keluh-
kesah dan
perpecahan dalam
masyarakat di
wilayah-wilayah
Fathani yang rata-
rata mengamalkan
tradisi bertahlil dan
berkenduri arwah
ini. Menyedari
hakikat ini, maka
Lujnah Ulama
Fathani telah
mengambil inisiatif
untuk mengadakan
mudzakarah dan
mesyuarat
berhubung isu ini
yang dihadiri oleh 17
orang ulama
ternama Fathani
termasuklah Haji
Abdullah Bendang
Kebun tersebut.
Yang Dipertua
Lujnah, Tuan Guru
Haji Abdur Rahman
mempengerusikan
mesyuarat tersebut
yang berjalan
dengan lancar serta
membuahkan
keputusan dan
natijah yang
memuaskan. Setelah
hujjah-hujjah pihak
yang menentang
dan menyokong
dikemukakan,
mesyuarat tersebut
telah mencapai
keputusan dan
mengeluarkan satu
resolusi pada 21
Januari 1974 yang
antara lain
menyebut:-
1. Ahli si mati
membuat
makanan kerana
kematian untuk
sedekah pahala
kepada mayyit
dengan ketiadaan
menyeru
(mengundang – p)
oleh mereka,
hukumnya
sunnat dengan
ittifaq Lujnah
Ulama Fathani.
2. Ahli si mati
membuat
makanan dan
memanggil
mereka itu akan
manusia pergi
makan kerana
qasad sedekah
pahalanya, dan
(meng) hadiah
(kan) pahala
jamuan itu kepada
mayyit, maka
hukumnya boleh
(harus) kerana
masuk dalam nas
ith`aam yang
disuruh dalam
hadits Thaawus,
kerana ith`aam itu
melengkapi
jamuan di rumah
si mati atau di
tempat lain.
3. Ahli si mati
membuat
makanan di
rumahnya atau di
rumah si mati
pada hari mati
atau pada hari
yang lain kerana
mengikut adat
istiadat, tidak
kerana qasad
ibadah dan niat
pahalanya kepada
mayyit, maka
hukumnya
makruh dengan
ittifaq ahli Lujnah
Ulama Fathani.
4. Ahli si mati
membuat
makanan daripada
tirkah yang
bersabit dengan
umpama hak anak
yatim atau kerana
dipaksa ahli si mati
membuatnya
dengan tidak
sukarelanya dan
ikhlas hatinya,
maka hukumnya
haram dengan
ittifaq ahli Lujnah
Ulama Fathani.
Menghukum sesuatu
hendaklah dibuat
secara teliti dan tafsil
melihat rupa bentuk
sesuatu, bukan
menghukum secara
membabi-buta dan
main pukul rata
haram dan bid`ah
dhalalah sahaja. Lihat
dahulu keadaannya,
bagaimana hendak
dihukumkan haram
jika ahli mayyit yang
telah aqil baligh
dengan rela hati
tanpa terpaksa dan
tidak merasa susah
untuk menjemput
jiran-jiran dan
kenalan untuk hadir
ke rumah si mati
untuk berdoa buat si
mati dan kemudian
dijemput makan
yang semuanya
diniatkan sebagai
sedekah kepada si
mati.
Yang ditentang oleh
ulama kita ialah
mereka yang
menjalankannya
sehingga
menyusahkan diri
dan keluarga si mati
atau semata-mata
menjalankan adat
atau lebih jahat lagi
dengan niat
bermuka-muka atau
riak. Ini yang
difatwakan oleh
Sayyidi Ahmad Zaini
dalam “I`anathuth
– Tholibin” yang
sengaja dikelirukan
oleh Ustaz Rasul
yang dikasihi dengan
sengaja meninggal
menterjemahkan
soalan yang
dikemukakan kepada
Sayyidi Ahmad dan
jawapan beliau
sepenuhnya.
Menghukum haram
secara total amatlah
tidak wajar dan
tindakan sembrono.
Akhirul kalam, satu
soalan, adakah
ulama-ulama Fathani
yang membuat
resolusi di atas tidak
membaca kitab Tok
Syaikh Daud dan
Tuan Minal ? Siapa
yang baca dan
faham kehendak
ibarat kitab-kitab
tersebut ? Mereka
atau yang dikasihi
Ustaz Rasul kita ?
Tepuklah dada
masing-masing.
Allahumma
hidayatan wa
taufiqan ilal haqqi
wash showab.
Hadis Jarir –
Penjelasan
Tuan Guru Haji
Ahmad
Hadis Jarir yang
membawa maksud
“Kami mengira
orang berhimpun
kepada ahli
keluarga si mati
dan menyediakan
makanan selepas
pengkebumiannya
adalah daripada
ratapan (an-
niyahah). ” Hadis ini
menjadi hujjah bagi
meng ”haram” atau
me”makruh”
membuat kenduri
arwah kematian
selepas matinya
seseorang. Adakah
ini pemahaman
yang difahami oleh
para ulama kita ?
Tuan Guru Haji
Ahmad al-Fusani
(1902 – 1996)
memberi penjelasan
dalam kitabnya
“Khulasah al-
Mardhiyyah fi
Masail al-
Khilafiyyah” antara
lain menyatakan
bahawa kalimah
“ minan-niyahah”
dalam hadis tersebut
ditanggung
maknanya sebagai
“ min asbabin
niyahah” iaitu
“setengah
daripada sebab
ditakutkan jadi
niyahah. Maka
bukanlah diri
berhimpun dan
buat makan itu
niyahah sungguh
kerana jikalau
niyahah sungguh
tentulah ulama
kata haram kerana
tiada ada niyahah
yang makruh
sama sekali ”
(yakni jika semata-
mata berhimpun
dan berjamu itu
termasuk ratapan,
maka sudah tentu
ulama akan terus
menghukumnya
haram dan bukan
makruh kerana tidak
ada niyahah yang
hukumnya makruh.
Jadi dihukumkan
bid`ah makruhah
kerana boleh jadi
sebab bagi ratapan
atau boleh
membawa kepada
ratapan, jadi kalau
ikut kaedah ushul ini
yang menjadi ‘illah
bagi dihukumkan
bid`ah makruhah
tersebut, jika ‘illah ini
hilang maka
hukumnya juga
turut berubah).
Soalnya, adakah
kenduri arwah
yang orang kita
buat bersifat
sedemikian ?
Adakah kenduri
kita menjurus
kepada ratapan ?
Selanjutnya Tuan
Guru Haji Ahmad
menyebut :-
· “…Sebuah hadis
yang
meriwayatkan
dia Imam
Ahmad
rahimahUllah
ta ’ala dengan
sanad yang
sahih dan Abu
Daud daripada
‘ Aashim bin
Kulaib daripada
bapanya
daripada
seorang laki-
laki daripada
Anshar berkata
ia: “Keluar kami
sahabat nabi
serta Rasulullah
s.a.w. pada
menghantarkan
jenazah orang
mati kepada
kubur. Maka aku
nampak akan
Rasulullah
s.a.w.
menyuruh
orang yang
menggali kubur
dengan
katanya:
“ Perluas
olehmu
daripada pihak
dua kakinya,
perluas olehmu
daripada pihak
kepalanya ”.
Maka tatkala
balik Nabi
daripada kubur
berhadap
kepadanya
(yakni datang
kepada Nabi)
seorang yang
(mem)persilakan
Nabi ke rumah
daripada
suruhan
perempuan si
mati itu. Maka
Nabi serta
sahabat pun
silalah (yakni
datanglah) ke
rumahnya.
Maka dibawa
datang akan
makanan, maka
(meng)hantar
Nabi akan
tangannya,
yakni
menjemput
Nabi akan
makanan bubuh
ke mulut dan
(meng)hantarlah
segala sahabat
akan
tangannya ”…….Hadis
ini menyatakan
Nabi sendiri
serta sahabat
berhimpun
makan di rumah
orang mati
kemudian
(yakni selepas)
balik tanam
orang
mati…….Jadi
berlawan hadis
ini dengan
hadis Jarir yang
menunjuk atas
tegah
berhimpun
makan di rumah
orang mati
kemudian
daripada tanam
mayyit ……….Setengah
riwayat tak dak
lafaz “ba’da
dafnihi” (kemudian
daripada
tanamnya)
[yakni hadis
Jarir ada khilaf
dalam
riwayatnya
kerana ada
riwayat yang
tidak menyebut
“ ba’da dafnihi“).
Maka orang
tua-tua kita
tanggungkan
bahawasanya
makruh itu
berhimpun
makan di
hadapan mayyit
jua. Inilah
jalanan orang
tua-tua kita.
Sebab itulah
orang kita tidak
berjamu
sewaktu ada
mayyit di atas
rumah, dan jika
darurat kepada
berjamu juga
seperti bahawa
suntuk masa,
diberjamu pada
rumah yang lain
daripada rumah
yang ada
mayyit
padanya ……..Alhasil,
hukum
berhimpun di
rumah ahli
mayyit dan
membuat ahli
mayyit akan
makanan,
berjamu makan
semata-mata
dengan tidak
qasad
bersedekah
daripada mayyit
atau baca al-
Quran niat
pahala kepada
Allah, makruh
tanzih selama
ada mayyit di
atas rumah itu.”
Perkataan ulama kita
yang menghukum
berhimpun dan
berkenduri makan
selama 7 atau 40
hari sebagai bid`ah
makruhah diihtimal
maksudnya jika
perbuatan tersebut
dibuat semata-mata
menjalankan adat
kebiasaan yang jika
tidak dilaksanakan
akan menjadi
cemohan
masyarakat bukan
dengan niat
“ith`aam ‘anil
mayyit” dan
sebagainya. Atau
ianya boleh
membawa kepada
niyahah yang
diharamkan atau
kesedihan yang
berlarutan. Oleh itu,
larangan tersebut
tidaklah bersifat
mutlak tetapi
mempunyai qayyid
yang menjadi ‘illah
pada hukum
tersebut. Dalam
pada itu, Imam Ibnu
Hajar dalam “Fatwa
Kubra”nya
menyatakan bahawa
jika seseorang
berbuat kenduri
tersebut semata-
mata menjalankan
adat untuk menolak
cemohan orang-
orang jahil dan
menjaga
kehormatan dirinya
maka tidaklah ianya
dianggap sebagai
bid`ah
madzmumah. Nanti
aku postkan lain kali.
Seorang saudara
menghantar risalah
yang dalamnya
nukilan perkataan
Imam asy-Syafi`i
yang menyatakan
“Aku benci
diadakan ma’tam,
iaitu himpunan
walaupun tidak
ada tangisan
mereka, kerana
sesungguhnya
pada yang
sedemikian itu
memperbaharui
kedukaan dan
membebankan
tanggungan“.
Membaca nas
perkataan Imam
asy-Syafi`i ini jelas
menunjukkan tidak
mutlaknya
kebencian tersebut
kerana ianya
dikaitkan dengan
“ membaharui
kesedihan” dan
“membebankan”.
Apa kata jika,
perhimpunan
dilakukan adalah
dalam rangka
mendoakan si mati,
bersedekah buat
pihak si mati,
menghibur ahli
keluarga si mati, dan
tidak menjadi beban
kepada keluarga si
mati yang
berkemampuan ?
Adakah Imam kita
asy-Syafi`i masih
membencinya ?
Jadi kalau ada yang
berbuat kenduri
seperti itu rupanya
maka makruhlah kita
datang hadir. Bahkan
jika digunakan tirkah
anak yatim atau
tirkah waris yang
tidak redha atau
sebagainya makan
haram kita hadir. Jadi
hukumnya kena lihat
case by case, bukan
main pukul rata
haram atau makruh
atau harus.
Download kitab dan
risalah ahlusunnah,
kalahkan fatwa sesat
wahabi (bidznillah)!!
http://
www.geocities.com/
pndktmpn/
kitab04.htm
Ibnul Qayyim
(Scan Kitab Ar-
ruh) :
Sampainya
hadiah bacaan
Alqur ’an dan
Bolehnya
membaca Al-
Qur ’an
diatas kuburan
Ibnul Qayyim
(Scan Kitab Ar-
ruh) : Sampainya
hadiah bacaan
Alqur ’an dan
Bolehnya
membaca Al-
Qur ’an diatas
kuburan
Total Tayangan Halaman
Category
- 73 golongan islam untuk di pilah (1)
- asal usul tarekat (1)
- cara cepat browser/buat email via hp (1)
- diantara tepi jaman (1)
- dzikir berjamaah (1)
- frendster di hp (1)
- hti (1)
- jalaludin rumi (1)
- kisah sufi (8)
- maulid bukan bid'ah dolalah (1)
- optimalisasi fungsi hp untk dunia cyber (1)
- pendapat ulama tentang sufi (1)
- puisi sufi (1)
- ruh hati .. (1)
- salah faham tentang tawassul (1)
- sejarah tahlil (2)
- Sejuta hikmah sakit (1)
- tauhid uluhiyah (4)
- trntang takdir (1)
- virus wahabi (1)
Sabtu, 27 Februari 2010
dalil tahlilan
Diposting oleh
dizk
di
23.27
Label: sejarah tahlil
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Blog Archive
-
►
2009
(6)
- ► 08/02 - 08/09 (3)
- ► 08/09 - 08/16 (2)
- ► 11/15 - 11/22 (1)
-
▼
2010
(15)
- ► 01/24 - 01/31 (3)
- ► 01/31 - 02/07 (2)
- ► 02/07 - 02/14 (2)
- ▼ 02/21 - 02/28 (7)
- ► 10/24 - 10/31 (1)
-
►
2011
(15)
- ► 12/04 - 12/11 (4)
- ► 12/11 - 12/18 (11)
0 komentar:
Posting Komentar